entry ini Francesc dapat lepas membaca entry seorang blogger bernama chika about salah seorang reader beliau dan blogger juga telah meninggal dunia pada hujung Januari lalu akibat sakit kanser. Al-Fatihah arwah Hidayah. -> http://mynameisdayah.blogspot.com
Entry terakhir dari penulis blog sebelum beliau kembali kerahmatullah.
hurm. k la. stop kat sini dulu. InsyaAllah esok i akan continue ok. Bye-bye. p/s:sorry, lepas i habis taip macam terperasan sesuatu. cara penulisan i lari sikit dari yang biasa. so abaikan ok. maybe malam ni i penat sikit. hurm.. =(
Betullah kalau orang nak meninggal ni mmg ada instinct yang kuat kan? penulisan pun rasa lain macam.rina tak kenal dia. tak pernah jejak blog dia. tapi tetap berasa sedih. rasa macam satu kehilangan bila masuk blog dia..
Lagi seorang blogger yang dah kembali ke rahmatullah,KAMARIAH BT MD YUSOF (HAMIZA [Nama panggilan] . blog ini Francesc jumpa dengan tak-sengajanya time Francesc blogwalking. Al-Fatihah. -> http://hamiza-nky.blogspot.com
nampak beza antara 2 blog peninggalan ini? blog pertama tiada wakil yang mengumumkan kematian blogger berkenaan(mungkin diketahui melalui FB atau sebagainya). manakala blog ke dua pula ada wakil yang memberitahu tentang pemergian arwah.
adakah anda akan tinggalkan user ID dan password blog, FP, FB, YM etc pada sesiapa supaya bila kita tiada lagi di bumi ini, kawan-kawan kita akan tahu tentang pemergian kita? jujurnya,Francesc rasa salah seorang dari kawan-kawan/orang terapat kita patut tahu ID dengan Password blog kita. kelak, siapa lagi mahu mengkhabarkan tentang pemergian kita kalau bukan mereka2 ini? berikan lah pada mereka yang kamu betul-betul percaya saja.ajal dan maut di tangan Allah bukan? andai tiba-tiba pemilik blog telah pergi mengadap PenciptaNya, tergantung begitu sajakah blog kita di alam maya ini, tanpa penutup tanpa kesudahan….
Janji dengan Allah masih banyak belum tertunai. Dosa dengan makhlukNya tidak tertebus. Sedang malaikat maut mungkin sedang mengintai di jendela. Lalu, apa jawab nurani kita jika mengetahui penghujung usia kita..huhuhu..
No comments:
Post a Comment